Arrow


Ni sorang lagi hero hensem yang aku sentiasa nanti-nantikan kemunculannya setiap 11 malam di tv3. His name is Stephen Amell and he played Oliver Queen in Arrow, tv series about a man who was stranded in an island for 5 years.  

Katie Cassidy sebagai Laurel Lance, girfren Oliver seorang peguam dan anak pegawai polis yang sedang menjejaki lelaki berhud hijau.


Mamat ni cute jugak. Nama sebenar Colin Donnel. Bestfriend Oliver dan dah lama usha Laurel. Selama Oliver hilang sempat la dia mengorat dan sekarang dah couple dengan Laurel.

diet plan



Perghhh susahnya nak slim cam dulu. Sejak2 meningkat remaja purba ni kadar metabolisme pun dah menurun. Semua yang ditelan akan berkumpul jadi lemak tepu. Haishhh!!

Tengahari tadi makan sandwich sardin kepit roti gardenia 2 keping. Dah berapa banyak karbohidrat tu. Aku kena menstrukturkan semula diet plan aku ni memandangkan cuaca berjerebu sekarang maka aktiviti luar harus dikurangkan. Makanya jogging di taman tasik terpaksa dibatalkan (walaupun tahun ni aku belum jejak kaki sekalipun. Alih2 nak batal. Motippp??)

Dan nampaknya terpaksala aku mencatitkan apa yang makan supaya aku merasa bersalah dan menyesal setiap kali aku menatap setiap kalori yang aku dah ambil itu. Jangan aku terlioq bila nampak list tu pulak. Memang haru la. 

Sejak sebulan yang lepas memang aku dah start swimming, exercise follow youtube dan pergi gimnasium. Diulangi. Pergi gim yer. Tapi sekali tu jelah. Dan buat kali kedua seumur hidup aku hehe. Tapi takpa aku kira dari semalam la senang. Yang lama-lama tu banyak dah lupa atau malas nak ingat sebab banyak makan dari bersenam hehe. So kite mula dari Isnin semalam ehhh...

Day 1 Monday 3 Mac
9.20    swimming
           minum jus buah betik + epal + karot
12.30  makan nasi arab ...ayoiiii mengkhianati diet sendiri
18.00 dance exercise
23.00 tidor tapi tak lena sampai 5am. haru kan

Day 2 Tuesday 4 Mac
12.30 sandwic sardin 2 keping
15.30 dance exercise
17.30 makan nasi. tapi sikit jer hehehe
21.00 biskut sekeping + hot chocolate... lapaq tak bleh tahannn

Rasa


Sayangi daku dikesempatan waktu
Luahkan rindu sebelum kau jemu
Bila tiba saat itu izinkan aku berlalu
Bersama kenangan yang tak pernah bertamu

Katakan sayang di bulan terang
Ucapkan rindu di hening malam
Rasa terkenang pada seseorang
Namun ku simpan di lubuk hati paling dalam

Menangis ku sendiri
Ketawa tiada siapa peduli
Hilang ku jangan dicari
Bayangmu pun tak ingin ku lihat lagi

Ku curah kasih pada yang sayang
berharap cinta disambut mesra
rupanya indah hanyalah bayang
dalam senyuman kau berpura

Kalau pisang masih muda
rasanya kelat sudahlah pasti
walau luka sudah tiada
parutnya lekat di dalam hati

Gema tabuh disubuh sunyi
suara azan bernada irama
sekawan burung riang bernyanyi
petanda hari baru sudah menjelma

Hijau subur rumput di padang
phon kelapa tegak sebatang
tiada yang melihat tak siapa memandang
bagai melukut di tepian gantang

Getaran jowa terpancar di mata
tak sabar menanti detik tiba masa
andai santun bahasa tak memaknakan kata
pada melodi kuzahirkan hasrat rasa

Jack Ryan

Chris Pine

Handsome kannn... Faktor utama aku tengok cerita ni. Hero hensem gagah perkasa terkorban kaki kanannya (ke... kiri.. tak ingat...takpala tak penting) semasa berjuang mempertahankan negara. Lepas tu berhempas pulas nak menyelamatkan girlfriend pulak.

Jack Ryan: Shadow Recruit.


Holiday on ice

Test posting from mobile.


Sapa pernah pakai bedak ni? 30-40 tahun dah la yang pasti. Aku jumpa kat kedai Speedmart99. Tapi ni dalam bekas plastik. Original bekas dia tin macam tin ridset ubat nyamuk sembur tu.

Masa aku kecik-kecik dulu satu family pakai bedak ni. Bila pi sekolah letak dalam kertas pastu lipat2. Tu pun kena sorok2 seriau cikgu jumpa. Nanti katanya mai sekolah nak belajaq ka nak melawa. Mampuih! Selalu yang jadi mangsa buku tulis koyak kat tengah.