Assalamualaikum
Bismillahirrahmanirrahim
Lamanya tak jenguk blog sendiri. Dah berkulat berserawang dah. ntah pasai pa tetiba ja aku rasa tulis pulak. Masalahnya apa yang aku nak tulis, bukannya aku pandai sangat berbasa basi ni. Masa form 4 aku dok kelas corot untuk subjek bahasa melayu ni. Kelas terapung namanya. boleh pilih2 cikgu,
Gambar2 makanan kat post2 sebelum ni aku upload jam 3 pagi kot. Bosan takdak keja tak boleh tidok plak tu.
Jadi untuk tahun baru ni aku berazam 1 hari 1 posting. Eh macam 1Malaysia pulak. Nak tulis apa taktau lagi. Luahan rasa ka makan2 ka jalan2 ka. Nak tulis dairi hidup aku seharian tak payah la.
Hidup aku ni bosan. Nak habaq pi boooosan. Pi kerja balik kerja. Tengok tv main tenet. tidok. bohsan kan. Kalau dapat pi gencak2 kat kelab ka best gak.
Memandangkan kebosanan yang tak berkesudahan itulah aku telah mencipta satu projek baru tahun ni. Harap2 aku akn beristiqomah lah didalam melaksanakan projek itu dengan jaya. Maklumla dah keluar modalkan. Takkan nak sia2 pulak. Mula2 aku pun tak yakin dengan diri aku sendiri. Namun begitu kugagahi jua... ewah. sebab nya kalau tak dipecahkan tabung ayam manakan dapat pitisnya. Alhamdulillah setakat ni aku masih bertahan walaupun setan gondol sentiasa menguji kesabaran aku yang tak seberapa ni.
Dugaan tu sebenarnya datang dari diri sendiri. Sifat malas, kerja bertangguh. Nganga tv, belek facebook. FB ni banyak melekan aku sebenarnya.
Adoi lapar la pulak. Ingat lagu nak posa esok. Tapi malas mangkit sok. Cemana ekkk. Tidok ahh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment