Langkawi 2006



Di Pantai Cenang hatiku senang





Sandy Beach Resort


Buat minyak gamat






Beras terbakar


Kereta biru idaman kalbu

Ermmm... Kalau dapat ni seminggu aku tidur kat parking kot. Jaga takut hilang. Convertible 2 seats saja.

Kot nak feeling2 Rita Rudaini round2 kotaraya dalam Ameera boleh open air. Takkala Gerimis Mengundang boleh naik bumbung.

Wahhhh indahnya dunia.

Orang kata beli kereta mahal2 dapat duk duorang saja orang lain tak boleh tumpang. RUGI.

Aku kata pasai aku bayar mahal2 la aku nak menikmatinya dengan orang tersayang sahaja. Takdak orang kacau daun.

Hahaha...

Sebab tulah aku tak pakai BMW. Belum beli sudah eksyen.

Published with Blogger-droid v2.0.4

Potret lukisan hati

Aku tak pandai melukis. Aku suka sangat bila cikgu cakap sapa2 tak siap lagi boleh bawa balik sambung kat rumah lusa hantar.Hoyeh mesti aku suruh kakak aku buatkan siap kaler semua. Pastu aku tolong dia buat matematik. Kami dah menjalinkan hubungan kerjasama diplomatik sejak dari sekolah lagi *wink*

Kakak aku kata aku buh kaler comot malah katanya lagi tulisan aku tak lawa ;( sambil dia lukis2 dia bebel wekkk.

Opposite attaction
Penulis novel dan pengarah filem cakap seseorang akan tertarik kepada orang yang bertentangan sifat, hobi, jantina dah tentulah.

Alkisahnya aku yang tahap lukisan orang lidi ni memang le suka kat orang yang pandai melukis. Aku rasa diorang ni mempunyai nilai seni halus yang tertanam dalam dirinya. Yang kadang2 sukar dimengertikan. Mereka kelihatannya misteri, pendiam dan buat hal sendiri saja.

Dan perasaan tu digambarkan dalam bentuk lukisan. Lukisan abstrak. Aku tak paham walau aku cuba nak faham. Sesunguhnya hati sukar dimengerti. Potret wajah sepi menyimpan seribu satu makna tersembunyi.

Published with Blogger-droid v2.0.4