Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Holiday on ice

Test posting from mobile.


Sapa pernah pakai bedak ni? 30-40 tahun dah la yang pasti. Aku jumpa kat kedai Speedmart99. Tapi ni dalam bekas plastik. Original bekas dia tin macam tin ridset ubat nyamuk sembur tu.

Masa aku kecik-kecik dulu satu family pakai bedak ni. Bila pi sekolah letak dalam kertas pastu lipat2. Tu pun kena sorok2 seriau cikgu jumpa. Nanti katanya mai sekolah nak belajaq ka nak melawa. Mampuih! Selalu yang jadi mangsa buku tulis koyak kat tengah.

Nilai


Harini aku tak layan hindustan sebab aku nak keluar pergi cari pasal. Opppss cari kain pasang mau buat baju kurung. Tak kisahla baju kurung moden ka pahang ka janji boleh pakai g opis. Sebab aku dah bawa balik baju2 yang kukira dah tak serasi bersama ku lagi. Jadi aku perlukan koleksi yang baru. Bak kata orang putih summer/spring collection gitu.


Persinggahan pertama
Sampai Bukit Mahlota lebih kurang pukul 3. Borak2 kejap kami keluar lunch dan terus ke Nilai 3. Berbagai jenis barangan dijual disini terutamanya kelengkapan rumah.


Ros merah Lavendar biru. You marah I lebiu

Nilai 3 di hari Sabtu
Nak langsir pintu, tingkap, sliding door? semua ada
 Aku pernah tempah langsir kat Nilai 3. Banyak pilihan. Pilih kain pilih design ukuran 4 pintu ka tingkap separuh ka. Pi jalan2 sejam kemudian boleh kutip langsir balik pasang jah. Senangkan. Nak senang lagi boleh beli siap dah kat Jusco (la ni tukaq nama AEON dah) time Happy Hour diskon 50-70%. Ataupun kalau tahap malas macam aku gantung jah selimut sepit ngan penyepit baju. Takpun sangkut kain batik tiga serangkai yang belum jahit lagi, beli kat Langkawi, murah tu.

Back to langsir yang aku tempah. Tak gantung pun sebab terlabuh. Koser nak potong2. Tengoklah kot rumah baru nanti sesuai aku pakaikan jer.

Round punya round tak jumpa jugak kain yang aku berkenan. Corak dan material lebih kurang sama jah. Kemudian kami ke Dataran Nilai nak pi memunggah kain kat sana pulak. Ada yang panggil tempat ni Nilai 1 (Nilai 2 kat mana pulak?)

Kat Nilai 1 ni fokus menjual kain-kain dan permaidani. Baju siap dah adalah jugak. Pokoknya pakaian sama tikar bulu-buluan sahaja. Nggak ada pasu bunga-bungaan mahupun barang permainan upin-upin. Langsir ada sebab dia kategori kain-kainan jua.

"Nilai 1 tak ada toilet"
Setakat aku pi memang aku tak jumpa toilet. Tanya orang kedai pun depa kata ada satu ja tapi dalam kedai makan. Tapi ada satu Petronas kat hujung bolehla nak tumpang qada hajat.

Pekan Nilai ni aku agak familiar sebab di awal kedatangan aku kembali ke kotaraya (feeling anak rantau sangat) aku menyewa rumah kat Taman Anggerik (kot) dekat dengan USIM. Kejap ja dok situ walaupun sewa RM350 murah jah dan tak lalu tol tapi nak ke Putrajaya makan 40 minit.



Asar & Maghrib di Masjid Putra Nilai



Bangi Kopitiam yang terletak di Nilai
ermmm makin kehausan aku tengok air ni - Ice Room

Merah jua akhirnya pilihanku

~Untuk Sahabat~
Merentasi hari-hari sepi 
setelah ditinggal pergi
kehilangan yang pernah dimiliki
segalanya ketentuan Ilahi

walaupun tak mengerti aku cuba memahami
meminjamkan telinga mendengar luahan hati
mataku sudi bersamamu merenung kembali
kurela bersama menghayun langkah kaki
percayalah kau tidak seorang diri
bahagia menanti dipenghujung hari

Nilai sahabat itu lebih dari sekadar teman disisi


~Subang Jaya, 13May2012 3.15am~

BBR Perjalanan

Bayu Beach Resort, Port Dickson
23 - 27 April 2012

Isnin, 23.4.2012
12.30 pm bergerak dari Shah Alam ke PD. Singgah jap kat McD beli burger. Lapar giler der dari pagi tak makan, belasah coffee 3-in-1 je sempat.

Selalunya kalau nak pi arah selatan aku ambik tol Batu Tiga. Tapi kali ni alang-alang nak singgah CIMB kat Court Mammort untuk top-up TnG aku ambik tol USJ jelah. Tapi banyak kereta pulak nak parking payah so aku terus jalan jer. TnG ada belas2 ringgit camtu je kot.
 Top-up TnG kat CIMB ATM Machine free. Kat Maybank caj 5 kupang
Sambil driving aku dok chit-chat ngan member sebelah pasal aku pernah kantoi nak keluar tol, duit TnG tak cukup. Kena sound gak ngan Toll Gate Girl "tak boleh ni, napa tak top-up, tot-tet-tot-tet" pastu kena bayar duit belen. Tak campur lg kena kena sumpahan + hon dgn kereta belakang.

Meneruskan perjalanan dengan jayanya sehingga terlepas tol PD. Sebab-aku konfident sangat pasai baru ni lagi aku pi PD sejam dah sampai. Terpaksa exit tol Pedas yang takde Smart Tag. Hadooo masalah ni akan bagi masalah pada orang belakang. Maaf yer, tangan driver tak sampai nak touch kad TnG. Take time sikit.
Exit Tol Pedas - tak ada Smart Tag

Nak pergi PD exit Port Dikson yah adik-adik
 Kekdahnya gini
 Kuala Lumpur
*
*
Tol Port Dikson
*
*
Tol Senawang
*
*
Tol Pedas
*
*
Johor


Mentang2 aku baru-baru ni g PD confident je drive sampai terlepas exit PD. Sudahnya sampai ke Tol Pedas. Kakak tol tu gitau kena u-turn and ambik exit after Senawang. Nak tambah malang lagi duit touch-go tinggal RM2.50 jer.














Published with Blogger-droid v2.0.4

The Carnivall

Sungai Petani
Yeah!! sudah sampai ke kampung halaman - Trafik light pekan lama

Jalan Madrasah


Taraaa!!! penyambut tetamu

tak sabaq dah


pengganti Misbun Sidek
Kuala Juru - makan mee udang/ketam


Published with Blogger-droid v2.0.4

3 Janji

Dahlia berlari dan terus berlari menuju ke garisan penamat. jasel yang terjatuh dalam lopak terpaksa ditinggalkan. Sahabat baik ni datang rumah. Hadiahkan piala pulak. dah besar pun takut kucing ha!ha!

Berat la ko ni jezel mana leh si dahlia kuruih kering tu angkut kau naik basikal. Oh ada peminat misteri dahlia ni. Oh Khursyl namanyer.

waktu malam belajar sama-sama.

Pak akob, ayah Ani berhutang dengan along. Daus, pakcik Elias. Daus tak puas hati nak balas dendam menceroboh bilik dahlia. Oh mimpi rupanya..tipah tertipu hehehe. Khursyl tak ada ayah kot, dia imamkan mak dia. Rebah ketika berdoa usai solat.

PD

Bosan kan hari2 pegi kerja. Balik kerja tengok TV. Sabtu kemas rumah(kalau rajin). Ahad bangun pagi pegi beli paper pastu congok depan TV tengok Melodi, gosip sana-sini. Petang Jumaat tu aku tinjau2 website tengok cari hotel, telefon Nor ajak mau pegi ka. Within less than 30 minutes comfirm esoknya kitorang nak jalan. Keluar dari kota.

Aku telefon Hotel Mesra book bilik paling murah. Tengok kat website harga RM90. Bila call jadi RM100, website tak update katanyer, boleh gitu? Tak kisahla takde tingkap pun aku bukan Kiah propa nak pi skodeng orang, nak tido satu malam je pun.





Pantai Seri Negeri

Sabtu, 18-Dec-2011
2.00 pm : Ambik Nor kat rumah lepas dia balik kerja. Drive ke arah selatan jalan lurus ja, ngantuk sket la. Singgah makan dan solat kat R&R Seremban.