Sekeping roti canai atau mungkin juga sepinggan mee goreng
tanpa setitik air penghilang dahaga.
aku tak lupa
sampai mati pun aku tak lupa
peritnya tekak melawan rasa haus dahaga
mereka tak pernah tahu kerana aku tak pernah cerita
kenangan itu aku yang punya
apa aku dapat makan aku boleh lupa
yang aku belum miliki aku meminta2
kerana apa
kerana aku manusia alpa
tak bersyukur dengan apa yang ada
malah tak berusaha mendapatkan yang tidak tersedia di depan mata
kekallah kau begitu kalau kau tak mahu bangun semula
tidurlah kau sampai terjaga di alam sana
kerana kau yang memilih untuk derita
kerana hanya kau
yang berhak memilih untuk bergelut di alam nyata
atau terus dihimpit kenangan masa lalu yang patut kau buang ke longkang saja
0 comments:
Post a Comment