Lontarkan aku ke jurang paling dalam
Kambuskan segala kenangan silam
Timbunkan suka duka semua impian
Benamkan aku sampai tenggelam
Aku masih hilang
Segalanya kabur hilang dari pandangan
Hari ini bagaikan semalam
Begitu juga bulan2 dan tahun2 kebelakangan
Yang berlalu aku masih tak faham
Bagaimana harus aku tempoh esok yang bakal menjelang
Aku hilang
Hanyutkan aku bersama mimpi
Kerana hakikatnya aku sudah tiada lagi
Kerana sudah dicincang berkali2
Kerana dihiris lumat tidak berbaki
Kerana aku sudah tidak punya hati
1 Ramadan 6.33 am 10.7.2013
Published with Blogger-droid v2.0.4
0 comments:
Post a Comment