Perghhh susahnya nak slim cam dulu. Sejak2 meningkat remaja purba ni kadar metabolisme pun dah menurun. Semua yang ditelan akan berkumpul jadi lemak tepu. Haishhh!!
Tengahari tadi makan sandwich sardin kepit roti gardenia 2 keping. Dah berapa banyak karbohidrat tu. Aku kena menstrukturkan semula diet plan aku ni memandangkan cuaca berjerebu sekarang maka aktiviti luar harus dikurangkan. Makanya jogging di taman tasik terpaksa dibatalkan (walaupun tahun ni aku belum jejak kaki sekalipun. Alih2 nak batal. Motippp??)
Dan nampaknya terpaksala aku mencatitkan apa yang makan supaya aku merasa bersalah dan menyesal setiap kali aku menatap setiap kalori yang aku dah ambil itu. Jangan aku terlioq bila nampak list tu pulak. Memang haru la.
Sejak sebulan yang lepas memang aku dah start swimming, exercise follow youtube dan pergi gimnasium. Diulangi. Pergi gim yer. Tapi sekali tu jelah. Dan buat kali kedua seumur hidup aku hehe. Tapi takpa aku kira dari semalam la senang. Yang lama-lama tu banyak dah lupa atau malas nak ingat sebab banyak makan dari bersenam hehe. So kite mula dari Isnin semalam ehhh...
Day 1 Monday 3 Mac
9.20 swimming
minum jus buah betik + epal + karot
12.30 makan nasi arab ...ayoiiii mengkhianati diet sendiri
18.00 dance exercise
23.00 tidor tapi tak lena sampai 5am. haru kan
Day 2 Tuesday 4 Mac
12.30 sandwic sardin 2 keping
15.30 dance exercise
17.30 makan nasi. tapi sikit jer hehehe
21.00 biskut sekeping + hot chocolate... lapaq tak bleh tahannn
0 comments:
Post a Comment