Nilai


Harini aku tak layan hindustan sebab aku nak keluar pergi cari pasal. Opppss cari kain pasang mau buat baju kurung. Tak kisahla baju kurung moden ka pahang ka janji boleh pakai g opis. Sebab aku dah bawa balik baju2 yang kukira dah tak serasi bersama ku lagi. Jadi aku perlukan koleksi yang baru. Bak kata orang putih summer/spring collection gitu.


Persinggahan pertama
Sampai Bukit Mahlota lebih kurang pukul 3. Borak2 kejap kami keluar lunch dan terus ke Nilai 3. Berbagai jenis barangan dijual disini terutamanya kelengkapan rumah.


Ros merah Lavendar biru. You marah I lebiu

Nilai 3 di hari Sabtu
Nak langsir pintu, tingkap, sliding door? semua ada
 Aku pernah tempah langsir kat Nilai 3. Banyak pilihan. Pilih kain pilih design ukuran 4 pintu ka tingkap separuh ka. Pi jalan2 sejam kemudian boleh kutip langsir balik pasang jah. Senangkan. Nak senang lagi boleh beli siap dah kat Jusco (la ni tukaq nama AEON dah) time Happy Hour diskon 50-70%. Ataupun kalau tahap malas macam aku gantung jah selimut sepit ngan penyepit baju. Takpun sangkut kain batik tiga serangkai yang belum jahit lagi, beli kat Langkawi, murah tu.

Back to langsir yang aku tempah. Tak gantung pun sebab terlabuh. Koser nak potong2. Tengoklah kot rumah baru nanti sesuai aku pakaikan jer.

Round punya round tak jumpa jugak kain yang aku berkenan. Corak dan material lebih kurang sama jah. Kemudian kami ke Dataran Nilai nak pi memunggah kain kat sana pulak. Ada yang panggil tempat ni Nilai 1 (Nilai 2 kat mana pulak?)

Kat Nilai 1 ni fokus menjual kain-kain dan permaidani. Baju siap dah adalah jugak. Pokoknya pakaian sama tikar bulu-buluan sahaja. Nggak ada pasu bunga-bungaan mahupun barang permainan upin-upin. Langsir ada sebab dia kategori kain-kainan jua.

"Nilai 1 tak ada toilet"
Setakat aku pi memang aku tak jumpa toilet. Tanya orang kedai pun depa kata ada satu ja tapi dalam kedai makan. Tapi ada satu Petronas kat hujung bolehla nak tumpang qada hajat.

Pekan Nilai ni aku agak familiar sebab di awal kedatangan aku kembali ke kotaraya (feeling anak rantau sangat) aku menyewa rumah kat Taman Anggerik (kot) dekat dengan USIM. Kejap ja dok situ walaupun sewa RM350 murah jah dan tak lalu tol tapi nak ke Putrajaya makan 40 minit.



Asar & Maghrib di Masjid Putra Nilai



Bangi Kopitiam yang terletak di Nilai
ermmm makin kehausan aku tengok air ni - Ice Room

Merah jua akhirnya pilihanku

~Untuk Sahabat~
Merentasi hari-hari sepi 
setelah ditinggal pergi
kehilangan yang pernah dimiliki
segalanya ketentuan Ilahi

walaupun tak mengerti aku cuba memahami
meminjamkan telinga mendengar luahan hati
mataku sudi bersamamu merenung kembali
kurela bersama menghayun langkah kaki
percayalah kau tidak seorang diri
bahagia menanti dipenghujung hari

Nilai sahabat itu lebih dari sekadar teman disisi


~Subang Jaya, 13May2012 3.15am~

0 comments:

Post a Comment