Suri Rumah 7 Hari

Slot Skrin di 9
8.30 malam

Sambil makan maggi aku tekan remote ke channel TV9. Eh! napa si Nur Khiriah ni dok tergolek kat sofa pulak ni, bukan dia patutnya pi hantaq tong gas ka? Oh sudah tukar ke? Tapi ok gak kot cerita bertajuk Suri Rumah 7 hari ni. Tengok jelah sementara nak tunggu Bunga April.

Sesuai sangat Yatt jadi adik beradik dengan Watie, muka nah meh dah. Yang penting dua2 macam samseng ha!ha! (dalam cerita ni la). Kisahnya tentang Haryati binti Hasan yang baru beli kereta MyVi Limited Edition dengan gajinya sebagai penghantar pizza. Walaupun dah beli kereta yang dipanggil Sweeti tapi Yat tetap nak pegi kerja bawa motornya, Boboi walaupun mak dah larang sebab bahaya.

Malang tidak berbau, walau dapat dihidu, Yatt dan Boboinya telah terlanggar seorang pejalan kaki, agaknya motor dia rosak kot, Yatt tidak lagi bekerja dan mengganggur. Surat cinta dari bank sudah sampai, Sweety dalam bahaya. Kakaknya Hamizah binti Hasan offer Yatt kerja kat tempat kawan dia tapi kena pakai uniform baju kebaya. Berpegang teguh pada prinsip kebebasan berpakaian dan memilih seluar berbanding baju kurung Yatt tolak mentah2 cadangan Watie.

Eh ada Fahrin Ahmad la, sebagai Aman, duda anak 3 kematian isteri sedang mencari pengasuh anak dia untuk 7 hari sahaja. Aman tawarkan gaji seribu tak dilayan, tapi bila dah naik RM3K terus mak abah Yat paksa dia terima kerja tu.

Nak taknak Yatt ikutkan sahaja syarat Aman yang nakkan orang gajinya, bernaju kurung, bersopan santun, pandai memasak pandai jaga anak. Mampooo ke? Jom tengok ha!ha!
Posted in 

0 comments:

Post a Comment