Beraya di Mid Valley

Harini hari raya cina. Orang melayu berebut2 balik kampung. Selalu aku pun menyelit sama tapi kalini kasi can kawan aku 2 orang balik makan durian.


Dingin Lavenda

Nana, Jannah, Murni, Matthew

Drama adaptasi dari novel Dingin Salju Indiana tulisan Nurulsham Saidin mengisahkan tentang tiga gadis melayu dengan latar asuhan berbeza berdepan dengan permasalahan yang mencabar ego, kewibawaan dan keimanan.

"Sebuah novel tentang kekeluargaan, kesabaran,
harapan dan dugaan hidup di perantauan"

Aku tengok cerita ni sebab nak tengok Melbourne. Episod lepas boring sket balik2 Murni merajuk Jannah kena basuh kain. Nana buat perangai Murni pulak basuh kain.

Jannah dah beberapa kali nampak Mr Matthew tapi tak sempat bertegur sapa. Murni pun pernah nampak. Nana tak percaya sebab katanya mat salleh kat Australia semua muka macam Mr Matthew hahaha.

Episod 7
20-Jan-2012
Murni dan Nana gaduh lagi. Jannah pulak seperti biasa jadi jaksa pendamai. Nana yang tak berapa nak rajin upah Murni untuk basuh dan iron baju dia. Pinggan sebijik pun malas nak basuh. Haishhh. Di kampung Azhar mula terpikir tentang perbezaan status sebab Jannah sedang belajar di luar negara sedangkan dia hanya seorang supervisor kilang.

On the way ke kelas di La Trobe University Jannah bertemu dan bertegur sapa dengan Sir Matthew yang datang ke sini atas urusan kerja. Si Jannah ni all the time pakai tudung. Tudung putih. Dalam rumah sesama perempuan pun bertudung. Motif??? ko dah pakai tudung ke Eira Syazira. Tapi esok cerekarama ko free hair kan?

Murni dah mula berubah. Nana dan Jannah terkejut bila Murni bawa Matthew untuk dinner di rumah. Insiden di meja makan menambahkan lagi ketegangan hubungan Murni dan Nana. Jannah berjumpa Kak Zai di Dewan Malaysia Melbourne minta nasihat bila tentang Murni.

Hubungan Nana dan Murni semakin serius bila Nana mempersoalkan tindakan Murni yang melampaui batas bila dah berani bawa lelaki ke rumah.

Nampaknya kena dapatkan jugak novel ni. Konflik dah bermula, baru ada cerita.

Episod 8
27-Jan-2012
"Di mana pun kita berada kita harus jaga solat kita" Jannah mengingatkan Murni tentang pesanan nenek. Rimas dengan suasana tegang dan tidak bertegur sapa Nana hulurkan salam kemaafan dan menganggap tamparan wanita Murni yang singgah di pipinya sebagai satu nasihat. Hubungan keduanya kembali pulih dan semakin baik.

Semasa berjumpa Iskandar, Matthew kenalkan dirinya sebagai Matthew Muhammad. Ke aku salah dengar. Jannah-Matthew, Nana-Iskandar, Murni-Owen hubungan baru bermula dengan cara berbeza tujuan tak serupa pengakhiran pun tak sama mungkin.

Matthew mendekatkan diri dengan Jannah untuk mendalami Islam. Owen cuba memikat Murni dengan kata-kata manis. Iskandar menyampaikan maksud tersirat dengan cara tersendiri.

Berguru dengan semalu
Menguncup bila disentuh untuk melindungi diri. "Begitu juga wanita harus menutup untuk mengelakkan diri dari dirosakkan". Kata-kata Iskandar mula membuka hati Nana untuk berhijrah.

Nana



Nana-Iskandar


Murni dah kembali meroyan bila nampak Jannah bersama Matthew. Nana pula mensyaki Matthew dah syok dengan Jannah tapi dinafikan Jannah dengan alasan Matthew dah tahu tentang Azhar. Owen gembira bila Murni nak tinggalkan rumah sebab bergaduh dengan Jannah. Senang le nak masuk jarum nanti.

Jannah sangat risaukan Murni kalau dia tak hadir peperiksaan petang nanti. Lagipun Owen memang terkenal dengan perangai jahat.

Dah beli Dingin Salju Indiana. Baru nak start baca. Bab 1: Orang Pekan. Selangor, 1992.


Credit : picture from google

Suri Rumah 7 Hari

Slot Skrin di 9
8.30 malam

Sambil makan maggi aku tekan remote ke channel TV9. Eh! napa si Nur Khiriah ni dok tergolek kat sofa pulak ni, bukan dia patutnya pi hantaq tong gas ka? Oh sudah tukar ke? Tapi ok gak kot cerita bertajuk Suri Rumah 7 hari ni. Tengok jelah sementara nak tunggu Bunga April.

Sesuai sangat Yatt jadi adik beradik dengan Watie, muka nah meh dah. Yang penting dua2 macam samseng ha!ha! (dalam cerita ni la). Kisahnya tentang Haryati binti Hasan yang baru beli kereta MyVi Limited Edition dengan gajinya sebagai penghantar pizza. Walaupun dah beli kereta yang dipanggil Sweeti tapi Yat tetap nak pegi kerja bawa motornya, Boboi walaupun mak dah larang sebab bahaya.

Malang tidak berbau, walau dapat dihidu, Yatt dan Boboinya telah terlanggar seorang pejalan kaki, agaknya motor dia rosak kot, Yatt tidak lagi bekerja dan mengganggur. Surat cinta dari bank sudah sampai, Sweety dalam bahaya. Kakaknya Hamizah binti Hasan offer Yatt kerja kat tempat kawan dia tapi kena pakai uniform baju kebaya. Berpegang teguh pada prinsip kebebasan berpakaian dan memilih seluar berbanding baju kurung Yatt tolak mentah2 cadangan Watie.

Eh ada Fahrin Ahmad la, sebagai Aman, duda anak 3 kematian isteri sedang mencari pengasuh anak dia untuk 7 hari sahaja. Aman tawarkan gaji seribu tak dilayan, tapi bila dah naik RM3K terus mak abah Yat paksa dia terima kerja tu.

Nak taknak Yatt ikutkan sahaja syarat Aman yang nakkan orang gajinya, bernaju kurung, bersopan santun, pandai memasak pandai jaga anak. Mampooo ke? Jom tengok ha!ha!
Posted in 

Semoga Impian Jadi Kenyataan

"Untuk Ahmad Suffian ni tambah I Love U". Waaaa aku dah sangkut dengan cerita ni. Gigih sungguh Suffian sanggup beratur nak bertemu Arini Eva siap bawak 3 buah buku Gemersik Kalbu. Pastu jerat Ana suruh belanja 80 bijik burger selama setahun.

Dah tukar 'lots of love, Ana' pulak kah!kah!kah!

Haaah runsing aku dengan Hisyam nih. Ko gi main jauh2 lah.

Aqasha ni sesuai sangat dengan watak Suffian, sama macam aku bayangkan masa baca novel ni. Pun begitu aku cam sangsi jer wujud ke jantan macho nan hensom lagi kaya namun romantik serta menghiburkan ni. Tak kata la takde cuma nya aku yang tak jumpa.

Since dah berjumpa dengan penulis Anis Ayuni kat PWTC tahun lepas aku dengan dengan selambanya tanya.

Sungguh Aku Cinta by Anis Ayuni


"Puan, wujud ke lelaki hensom kaya educated macam dalam novel ni, ataupun itu apa yang kita impikan saja"

"Ada, insyaallah ada. Doa-doakanlah" katanya sambil diiyakan oleh orang sebelah. "Amin" aku kata.

Then aku pun balik menjinjing buku Sungguh Aku Cinta pada 24 April 2011 yang tercatat di dalamnya semoga impian jadi kenyataan.


Sepanjang Jalan Kenangan

Orang kata jauh berjalan luas pemandangan tambah pengalaman. Jauh berkereta tambah tabung PLUS Highway. Dulu masa kerja kat Johor kena bayar tol lebih RM60 sehala nak balik ke Utara. Tak campur minyak lagi, nasib tak baik dapat pulak surat cinta dari cawangan trafik.