Bangkok part 1

18 May 2012, Jumaat
Aku dan 7 orang kawan menaiki penerbangan AirAsia menuju ke kota tomyam. Kami pergi dengan tiga penerbangan berlainan untuk mendapatkan tiket murah . Waktu pergi aku sorang je buat check-in baggage untuk 15kg sebab masing2 bawak backpack jer. Su kongsi ngan aku check-in bag yang penuh dengan bekalan maggi and 3-in-1, aku yang makan banyak hehehe. Tq. AirAsia Insure kalau tak ambik boleh jimat RM21. Tapi sebab pi luar negara dan kita pun pasti apa akan berlaku, for safety precaution ambik jugak. Walaupun ada pernah kawan aku bagitau selama dia berulang alik Kinabalu-KUL tak pernah dia ambik insuran sebab coverage delay and baggage ja.
KUL-BKK-KUL cost RM582
Teksi Airport Radio dari Shah Alam - LCCT cost RM70
Plan asal aku park kereta kat rumah Su about 8am dan tumpang dia ke LCCT, tapi disebabkan aku ni dah terlewat kul 8am baru terhegeh2 keluar rumah terpaksa la call cab. Syukur rahmat aku dah siap mobile checkin malam tadinya just have to scan boarding pass ke kat airport.
Web Checkin - print boarding pass
Mobile Checkin - scan boarding pass
Kalau short-term journey print jah pass pergi-balik. Takla menggagau nak cari kiosk kat foreign airport.
Kalau takdak bag nak drop-off tak payah gi kaunter. Duduk jah makan roti kat Chocolate. Sedap jugak tapi service lambat nak mampuih.
Lepas drop-off baggage and makan minum about 10am dah masuk balai berlepas. Memang aku teringat ada botol air kat dalam bag tapi sebelum2 ni lepas je so aku tawakkal jelah. Sekali kantoi kena buang juga air sebotol, sebab international fligt lebih strict. Selamat la botol air je yang sangkut, kalau cleanser gedabak 120g yang baru beli seminggu lepas tu dia angkut sekali memang nanges lebat ler aku.
Botol air, cleanser, ubat gigi not permitted ok, ingatan untuk aku.
Semua penumpang dikehendaki mengisi borang imigresen. Flight and passport no kena hafal la takpun tulis kat mana2 kalau tak jenuh pulak nak buka bag cek balik. Eloknya bawakla pen tradisonal sebatang sebab S-Pen tidak mampu menulis hahaha. Tandas dalam Airasia ni takdak cawan untuk xtvt mencebok. Bring your own or pakai ja tisu. 
Imigration form - ready flight & passport no. with PEN berdakwat
Pastikan pen ada dakwat untuk mengisi borang imigration

Arrival Hall Survanabhumi Airport

Beratur untuk cek passport. Arrival Card jangan lupa

"No photo no photo" kata ground staff airport. sib bek sempat hehehe

Lepas cek passport aku terus menuju ke toilet kat baggage claim no 15 di hujung sekali. Kemudian kami singgah 7-E beli roti dan air botol. Harganya 32 Bath = RM3.20. Aku bagi note 1000 Bath nak pecah duit. Takde plak cashiernye komplen suh bagi duit kecik. Kelas kauuu beli roti jah bayar seribu tuuu.


We plan to go to the hotel by train. Nak get familiar with public transport. Senang nanti nak jalan2 sekitar bandar. 

Aku ambik gambar kau. Ko snap photo aku.
 Kinnaree ni lah icon Siam yang pertama aku jumpa terpacak tepi escalator menghala ke train. Di papan informasi berdekatan ada banyak pamplet and maps untuk panduan pelancong macam kami.

Ketua rombongan gigih mencari informasi

And our journey start here





0 comments:

Post a Comment